Showing posts with label Begini Akhirnya. Show all posts
Showing posts with label Begini Akhirnya. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Episod 4: Cintaku di Awangan

Sedang aku asyik memikirkan keadaan hidupku, tiba - tiba hensetku berbunyi.."Girl, you're my angel..you're my darling angel.." lagu hits dari Shaggy mengejutkan ku dari lamunanku.

Hatiku merasa sungguh gembira bila mendengar bunyi tersebut. Kenapa?..itulah panggilan yang ku tunggu - tunggu sehingga membuatkan aku selalu tak keruan. Segera ku capai henset. Aku tak mahu panggilan tersebut putus tanpa berjawab. Aku rindu suaranya..aku rindu. Aku tidak sanggup menanggung rindu ini lebih lama.

"Hello" pantas aku berkata sejurus aku menjawab.

"Hello ayang. Apa kabar? Sihat?" aku tersenyum..hilang semua kedukaan yang ku tanggung...

"Sihat abang. Mana abang hilang? Lama tak call? " soal aku bertalu..sesungguhnya aku ada kalanya hampir membuat andaian dia sudah berjumpa teman yang lain.

"Abang sihat. la..kan abang dah kata, abang kena pergi outstation kat Singapore. Nie pun abg balik kejap jer. Lusa abg dah kena balik sana. Project abg kat sana tak siap lagi. dah selesai nanti, barulah tak berulang alik kerap ke sana lagi dah." jelasnya panjang lebar.

Aku mencebik. Nasib baik dia tak nampak betapa panjangnya muncungku. Boleh buat penyangkut baju.

"Tahu abang gi S'pore. tapi lama sangat x call. Risau la Risa kat sini. Ntah - ntah abang ada isteri kot kat sana..sebab tu slalu kena gi sana..."rajuk ku.

"Ishk..kesitu pulak. Mana ada..Risa seorang je buah hati abang. Lagi pun kan kita dah berjanji nak bertunang bulan 7 ni. Mana ada abang ada isteri lain...tapi kalau Risa bagi..nanti abang cari satu nak? " usiknya.

"Apa? beranilah..." geram aku..kita pulak diusiknya..

kedengaran tawaan halus di sebelah sana...membuatkan ku lagi geram..

"Abang..jangan la gelak..serius la.."geram ku

Rajukku membuatkan semakin besar gelaknya...

"Abang..."tiba - tiba suaraku bertukar menjadi lembut dan sedikit sayu...

diam..."ya ayang? ada apa?"

"Risa risau...ibu selalu bertanya pasal abang..bila abang nak bawa keluarga abang datang meminang Risa? Ayah pun macam nak tahu, tapi ayah diam je.." tanya ku sambil penuh pengharapan

"Risa, bulan depan...insyaAllah abang akan bawa keluarga abang datang merisik Risa. Boleh? Tapi, tarikhnya abang x janji lagi la. Nanti abang beritahu kemudian." jelasnya

"Mestilah boleh. Nanti abang bagitahu tarikh ok? Boleh lah Risa bagitahu kat ibu dan ayah supaya mereka boleh bersedia." gembiranya aku...

"Risa, nanti kita sambung ok? Risa jaga diri k. Love u Ayang."

"Ok abang. Jaga diri juga. jangan kerja penat sangat. Love u too." balas ku

"Risa..abang janji, hanya Risa akan menjadi suri dalam hidup abang. walau apapun yang berlaku, hanya Risa seorang saja yang abang mahukan." katanya...

lalu talian diputuskan...

Ayat terakhirnya menimbulkan seribu persoalan padaku..."walau apapun yang berlaku"....
kenapa? apa yang akan berlaku? ah..nanti aku tanya balik lah....

Malam ku menjadi indah dan tidurku dihiasi mimpi indah.
benar..cinta itu boleh membuatkan kita sentiasa di awang - awangan...



dan juga boleh membuatkan kita terjatuh....

Saturday, July 10, 2010

Episod 3: Hasratku

"Risa...turun makan!" jerit ibu dari bawah.

Aku segera membuka telekung dan turun. Walaupun sedikit pun rasa lapar itu tidak ada, tetapi untuk membuatkan ibu dan ayahku tidak berfikir yang bukan-bukan mengenai diri ini, ku harus juga menjamah sedikit. Mereka faham akan keadaan ku dan dia yang sering berjauhan malahan sering tidak berhubung. Kerjayanya yang kerap memerlukan dia pergi keluar negara membuatkan aku dan ibu ayahku bertekak apabila membincangkan kedatangannya menjalankan perkara wajib di rumahku.

Mesti tertanya-tanya, apa perkara wajib bukan? Ya, dia pernah berjanji ingin merisik aku dalam masa terdekat. Tetapi seringkali itu juga dia membatalkan hasrat tersebut kerana kehendak pekerjaannya. Ini yang membuatkan ibu dan ayahku kerap membangkitkan hal ini. Adakah dia sebenarnya ingin menjadikan aku surinya atau dia sebenarnya masih ragu-ragu dalam hubungan dan hala tujuan hubungan kami.

Aku segera mengambil tempat di sebelah ibuku. Aku sebenarnya lebih rapat dan manja dengan ayahku, tetapi entah kenapa semakin aku menginjak dewasa ini, semakin aku mendekati ibu. Banyak perkara yang kerap aku kongsikan dengan ibu. Mungkin kerana aku semakin menghampiri usia searas seorang ibu?

"Aik, x makan ke? diet ke?" gurau ayahku apabila aku tidak mengusik langsung pinggan di hadapanku.

"Xlah ayah, tak der maknernyer diet. Cuma Risa x rasa lapa la. Lgpun dah makan tadi sblum balik kat ofis tu. Ingat nak amek lauk je lah..nampak mcm sedap jer ikan sweet sour nih" kataku sambil memotong sedikit ikan tersebut dan meletakkannya dalam pingganku.

Kami hanya makan tanpa dipenuhi perbualan seperti biasa. Mungkin ayah dan ibu tidak mahu membangkitkan isu 'itu'.

Malam aku dipenuhi dengan menonton tv...dari satu rancangan ke satu rancangan aku tonton..tetapi hanya jasadku sahaja yang melihat..tetapi roh aku entah terbang ke mana. Mungkin ke langit ke7...

Bosan menonton, aku naik ke bilik.
"Aih..dah nak pukul 11 dah" keluh ku..cepat sungguh masa berlalu...tetapi kurasakan perjalanan hidupku terasa bosan.

Sejak kecil aku sahaja yang dikira setia duduk di sini, adik-adikku kerap merantau, berpindah negeri kerana tuntutan pelajaran dan kerjaya. Aku masih setia bersama ibu dan ayahku. Dari sekolah rendah hingga ke menara gading masih di negeri Selangor juga. Sehinggakan aku kerja pun aku masih di Kuala Lumpur.

Adakalanya aku terasa cemburu melihat adik-adikku yang dapat berada di luar, luar dari kepompong ini...luar dari rumah ini yang kadang kala kurasakan mengongkong aku. Aku seperti anak kecil yang tidak pernah dilepaskan keluar. Sedangkan umurku sudah hampir menginjak ke 30an.

Aku cemburu melihat adik-adik ku menceritakan aktiviti mereka hujung minggu, keluar dengan kawan - kawan di waktu malam, makan di luar bersama...sedangkan aku semuanya terkawal, Maklumlah..duduk dengan parents ni ada la pantang larang dia. Balik jangan lewat dari jam 10 mlm, hari minggu kene teman ibu ke kenduri, keluar dengan parents teman beli barang..yes i know as a daughter..i should do that. But sometimes, i do need my private life as a single lady...going out late nite with friends..watching movies, eating out, hanging out. Tapi...melainkan aku pindah rumah duduk sorang..then i will be able to do that.

Tapi..since aku masih berada di bawah bumbung rumah ayah dan ibuku, aku haruslah mengikut rules n regulations mereka. Apapun..they just wanted to protect me...hanya kadang kala hasratku yang ingin cuba merasa kenikmatan hidup nite-life dan bergembira dengan kawan-kawan..membuatkan ku adakalnya mudah merajuk dengan mereka.

to be continued...

Thursday, July 8, 2010

Episod 2: Menanti bulan

Banyak juga kereta yang berada di jalan walaupun jam menunjukkan sudah masuk jam 7 ptg. Keadaan hujan yang turun mencurah-curah petang itu membuatkan kenderaan berjalan perlahan.

Aku risau, perjalanan yang biasanya hanya mengambil tempoh 15 minit mungkin akan memakan masa selama 30 minit. Aduh..kesian ibu terpaksa tunggu lebih lama.

Alhamdulillah, walaupun bergerak perlahan, aku masih juga berjaya sampai ke pejabat ibu seperti yang dijanjikan. Aku melihat ibu duduk di tangga sambil tersenyum melihat kereta ku memasuki perkarangan entrance dan segera bergerak ke arah keretaku dan terus duduk di sebelah ku.

"Maaf, ibu..lama tunggu di tangga tu?" tanya ku kasihan melihat ibu yang seakan keletihan.

"Taklah lama sangat. Ibu pun baru jugak duduk di situ dalam 5 minit je. 'Jem' ke jalan tadi?" tanya ibu sambil memasang seat belt.

"Taklah 'jem' sangat. Tapi kereta tuh mmg banyak la..jalan pun slow je." kataku menjawab.

"Hmm...ada dia telefon?" tiba-tiba ibu bertanya.
Aku tergamam mendengar soalan itu.

"Siapa?" aku pura-pura tidak mengerti. Aku terukan fokusku di jalan sahaja tanpa melihat reaksi ibu yang ku rasakan memerhatikan riak wajahku.

"Siapa lagi..mamat tu lah. Ada dia telefon ke tak?" Jelas ibu walaupun dia tahu aku sebenarnya sudah mengerti siapa yang dimaksudkan dengan 'mamat' itu.

"Hmm..x ada lagi. Mungkin belum balik lagi dari sana kot. Ntahlah..Risa pon bukan tahu sangat. Nanti bila ada berita, Risa bgtau ok?" balasku cuba mematikan topik perbualan itu.

"Bukan apa...dia dah janji kan? Kita dah nak tolong dah dia..jangan pulak buat hal. Ayah kau x suka nanti..ibu dah x boleh nak tolong lagi dah" tegas ibu lalu terus berdiam.

Aku terus berdiam.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik dan mandi. Cuaca sejuk begini membuatkan aku tidak boleh menikmati acara mandi dengan lebih lama. Biasanya aku akan memerap di dalam bilik air itu sehingga berjam lamanya..sambil termenung mengenangkan nasibku. Lagipun, bila sahaja air menyentuh tubuh ku, aku rasakan segala masalah seakan mengalir pergi..bersama air tersebut. Lega rasanya...

Selesai sahaja aku mandi..aku segera menunaikan solat maghrib yang sudah hampir tiba ke penghujungnya, ku akhiri solat dengan doa agar aku sekeluarga di ampuni dosa, sihat, murah rezeki dan tak lupa juga, dipertemukan jodoh.

Ya, usiaku sudah menginjak ke angka 30an..aku masih lagi bersendiri. Hubungan ku dengan 'mamat' itu masih belum ada titik nokhtah. Apakah dia ingin menduga kesetiaan ku? atau tahap kesabaranku? ataupun dia hanya ingin mempermainkan perasaan seorang wanita?

Aku bingung...setiap kali dia menghilang atas alasan bertugas di luar negara, aku pasti akan gelisah..rindu, risau..risau dia berpaling daripadaku.

Setiap kali itu juga aku akan menanti panggilannya, smsnya..menunggu suaranya memanggil aku "Risa sayang.."..adakah aku seumpama menanti bulan yang begitu sukar untuk di capai?...

to be continued...

Episod 1: Epilog

Kelihatan hujan lebat di luar, aku masih lagi berada di ofis ku.
"Sejuknya.."sekilas aku lihat jam di tanganku..
"dah pukul 6.30 dah nih..ibu mesti dah menunggu.." kataku sambil memandang keluar tingkap di belakang mejaku. Hujan masih belum menunjukkan tanda akan berhenti.

Sedang asyik memerhatikan butiran-butiran hujan yang berjujuran di tingkap bilik ku..
tiba - tiba kedenganran lagu Peterpan bertajuk Mungkin Nanti berbunyi nyaring..mengejutkan aku dari khayalanku.
Ku lihat nama 'Ibu' tertera di handphone Motorola milikku. Segera ku angkat,
"Hello"
"Hello, Risa..bila nak ambil ibu ni? Dah nak dekat pukul 7.00 dah ni. Lebat lagi ke hujan di sana?"
"Hujan lebat lagi la ibu. Tapi dah nampak macam reda sikit la dari tadi. tadi kilat ngan guruh berdentum dentam. takut plak nak bawak kereta nanti. Jap lagi Risa keluar ok. Ibu tunggu tempat biasa ok? Dalam 15 minit lg Risa sampai. " Kataku menghentikan kerisauan ibu.

Segera aku capai handbag dan kunci kereta ku. lalu segera aku bergerak keluar ke pintu.
"Dah nak balik dah?" tanya Kak Min pabila melihat aku berjalan menonong keluar.

"Ha ah kak. Ibu dah tunggu lama. Sian dia pulak. Balik dulu ye Kak Min. Akak bila nak balik pulak nih? Dah lewat dah ni." tanya aku pula.

"Akak tunggu husband akak nih ha. Hari ni dia naik motor la pulak, kene tunggu hujan berhenti la jawabnya baru boleh balik. Alang- alang tu, siapkan lah keje sikit ni. Ok, drive carefully k." jawab Kak Min tersenyum.

"Owh..oke. Bubye kak. Balik dulu" kata ku sambil membuka pintu ofis. Aku segera 'punch out' dan menuju ke arah lift.

Sambil menunggu pintu lift buka, aku melihat ke skrin handphone. masih tiada lagi bunyi yang aku nanti-nantikan. Aku mengeluh kecil.

Sebaik sahaja pintu lift terbuka, aku segera masuk dan menekan button "G". Segera aku pergi menuju arah parking kereta ku. Sebaik sahaja aku duduk di dalam kereta MyVi SE yang telah ku beli hampir setahun itu, terus aku membuka radio.

"Tak ada computer masih boleh hidup, tetapi jangan tak ada radio..boleh mati tau" teringat kataku pada adik ku semasa adik ku bising dia tidak boleh hidup tanpa internet.

Ah, apa yang penting sangat..computer hanya aku usik sekali sekala sahaja. Aku guna pun sekadar untuk kerja pejabat sahaja di mana aku perlu masukkan data - data syarikat secara online. Kalau untuk sekadar surfing, bukanlah hobby ku. Mendengar lagu dan menonton tv adalah lebih relaks.

Segera aku memasukkan gear "D" dan meluncur laju ke arah pejabat ibu ku. Mesti ibu dah bosan menunggu.


to be continued....