Thursday, July 8, 2010

Episod 2: Menanti bulan

Banyak juga kereta yang berada di jalan walaupun jam menunjukkan sudah masuk jam 7 ptg. Keadaan hujan yang turun mencurah-curah petang itu membuatkan kenderaan berjalan perlahan.

Aku risau, perjalanan yang biasanya hanya mengambil tempoh 15 minit mungkin akan memakan masa selama 30 minit. Aduh..kesian ibu terpaksa tunggu lebih lama.

Alhamdulillah, walaupun bergerak perlahan, aku masih juga berjaya sampai ke pejabat ibu seperti yang dijanjikan. Aku melihat ibu duduk di tangga sambil tersenyum melihat kereta ku memasuki perkarangan entrance dan segera bergerak ke arah keretaku dan terus duduk di sebelah ku.

"Maaf, ibu..lama tunggu di tangga tu?" tanya ku kasihan melihat ibu yang seakan keletihan.

"Taklah lama sangat. Ibu pun baru jugak duduk di situ dalam 5 minit je. 'Jem' ke jalan tadi?" tanya ibu sambil memasang seat belt.

"Taklah 'jem' sangat. Tapi kereta tuh mmg banyak la..jalan pun slow je." kataku menjawab.

"Hmm...ada dia telefon?" tiba-tiba ibu bertanya.
Aku tergamam mendengar soalan itu.

"Siapa?" aku pura-pura tidak mengerti. Aku terukan fokusku di jalan sahaja tanpa melihat reaksi ibu yang ku rasakan memerhatikan riak wajahku.

"Siapa lagi..mamat tu lah. Ada dia telefon ke tak?" Jelas ibu walaupun dia tahu aku sebenarnya sudah mengerti siapa yang dimaksudkan dengan 'mamat' itu.

"Hmm..x ada lagi. Mungkin belum balik lagi dari sana kot. Ntahlah..Risa pon bukan tahu sangat. Nanti bila ada berita, Risa bgtau ok?" balasku cuba mematikan topik perbualan itu.

"Bukan apa...dia dah janji kan? Kita dah nak tolong dah dia..jangan pulak buat hal. Ayah kau x suka nanti..ibu dah x boleh nak tolong lagi dah" tegas ibu lalu terus berdiam.

Aku terus berdiam.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik dan mandi. Cuaca sejuk begini membuatkan aku tidak boleh menikmati acara mandi dengan lebih lama. Biasanya aku akan memerap di dalam bilik air itu sehingga berjam lamanya..sambil termenung mengenangkan nasibku. Lagipun, bila sahaja air menyentuh tubuh ku, aku rasakan segala masalah seakan mengalir pergi..bersama air tersebut. Lega rasanya...

Selesai sahaja aku mandi..aku segera menunaikan solat maghrib yang sudah hampir tiba ke penghujungnya, ku akhiri solat dengan doa agar aku sekeluarga di ampuni dosa, sihat, murah rezeki dan tak lupa juga, dipertemukan jodoh.

Ya, usiaku sudah menginjak ke angka 30an..aku masih lagi bersendiri. Hubungan ku dengan 'mamat' itu masih belum ada titik nokhtah. Apakah dia ingin menduga kesetiaan ku? atau tahap kesabaranku? ataupun dia hanya ingin mempermainkan perasaan seorang wanita?

Aku bingung...setiap kali dia menghilang atas alasan bertugas di luar negara, aku pasti akan gelisah..rindu, risau..risau dia berpaling daripadaku.

Setiap kali itu juga aku akan menanti panggilannya, smsnya..menunggu suaranya memanggil aku "Risa sayang.."..adakah aku seumpama menanti bulan yang begitu sukar untuk di capai?...

to be continued...

No comments: