Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Counting...

Salam..

left only 11 days..until our wedding day...

tbe2 rasa nak makan nih laa...
slalu masak masa bln puasa dulu kat rumah..
(saya x reti masak gulai2 ni..tp suka masak mknan minum petang)...ehehe..

Roti Gulung

(resipi Chef Hanieliza @ makan.cari.com.my)



Bahan Roti

roti sandwich secukupnya
telur [pukul sebati]
breadcrumb
500 ml minyak [untuk menggoreng]

Bahan Inti

1 mangkuk isi ayam [potong dadu kecil]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 batang carrot [sagat/parut kasar]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
2 tangkai cili merah [cincang kasar]
1 pokok daun bawang [racik kasar]
1 s/b lada hitam [tumbuk halus]
2 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lada hitam. Kacau rata. Masak sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, carrot, lada merah dan garam. Kacau rata.
4. Bila dah masak masukkan tutup api dan masukkan daun bawang. Kacau rata. Masukkan dalam mangkuk.
5. Roti digelek nipis. Letakkan inti dan gulung.
6. Celupkan gulungan roti dalam telur yg telah dipukul.
7. Golekkan dalam breadcrumb.
8. Gorengkan dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan toskan.
10 Hidangkan dengan sos cili.


sedap....dulu bulan puasa buat..slalu habis wpon buat byk utk 3 org mkn..
~ \(^0^)/ ~ enjoy..

Sunday, May 23, 2010

Resipi lagi...Cucur Kentang Ikan Bilis..

Salam...

Bertemu kita lagi skali dalam rancangan masak memasak...ehehhe
macam dalam rancangan tv plaks..rancangan Chef Wan..(",)

Kali ni banyak letak resipi nampak cik pah?..sbb beberapa minggu yang lepas rajin masak..sekarang mood masak dah ilang lah...huhuhu...x da bahan nak masak sbb nak cuti dah..jd malas nak beli bahan2 nak masak la..(eh..i bkn anak dara pemalas masak taww..i x rajin jer..ehehe)

Oke, sekarang kita tengok resipi nih plaks..resipi nih aku amek dari Kak Lina (my ex boss kat GITN)..skrg dia dah bkk butik on9 kat link nih..cantik2 baju dia..sapa nak tempah silakan..dijamin chantique..http://jezzeminecouture.com.my/
Eh..salah promote plaks..nak promote cara2 masak cucur nih..ehehe

Cucur Kentang Ikan Bilis

Ingredients..

1. Kentang (dalam 3 biji)
2. Pati Ikan Bilis (2 sudu)
3. Ikan Bilis (dalam 1 mangkuk kecil)
4. Air Panas (ikut keadaan)
5. Tepung Gandum (ikut keadaan)
6. Minyak utk menggoreng


How to Cook...

1. Potong kentang menjadi dadu (saiz kecil)




2. Masukkan tepung + ikan bilis + pati ikan bilis




3. Masukkan air panas sampai adunan menjadi boleh di uli dgn tangan




4. Panaskan minyak dalam kuali




5. Goreng sampai garing dengan api yang perlahan




6. Sedia diangkat dan dihidangkan dengan sos cili



Sedap...rangup di luar..lembut di dalam..

enjoy \(^0^)/

Resipi Dadih Nata de Coco Mily punya style..

Salam...

ha..lama dah buat..tp x letak2 lagi resipi dia nih..ehehe. Baru rasa hari nih semangat nak letak kot...oke..tuan puan makcik auntie uncle adik - adik sumer..mari kita lihat resipi yang mak sy turunkan utk masak dadih letak nata de coco..
(macam sama jer rasanyer ngan resipi dadih d pasaran sekarng nih...(",)

Dadih Coklat Nata De Coco

Ingredients..

(utk 1 plastik tepung dadih)

1. Tepung dadih segera (any flavors)
2. Gula ( dlm 3 senduk)
3. 1 tin susu cair

4. Nata de Coco
5. Air 3 ltr


How to cook...

1. 1st, panaskan air dalam api yg sederhana



2. Masukkan gula + susu cair + tepung dadih.
Biarkan mendidih, kemudian
masukkan gula (yg dsediakan dlm tepung td)




3. Masukkan Nata de Coco dalam bekas yang dsediakan.




4. Selepas mendidih dalam 5 minit, siap dadih utk
dimasukkan dalam bekas tadi.


Sejukkan dan baru tutup bekas tersebut. Sedap di hidangkan dalam keadaan sejuk.

(enjoy!)

p.s: nak gantikan perisa mango pon sedap..opps...my fiancee x suka coklat la..huhu..

Wednesday, April 14, 2010

Dadih Strawberi letak nata de coco?

Salam..

ingat nak masak dadih stroberi letak nata de coco..sapa nak?

td baru Amirul (ank murid ku darjah 4B) dtg bawak bekas2 plastik dr Kak Shikin (guru sekolah) yg aku pesan..ehhe..nak buat la dadih..



sedap x...nyum3x..