Monday, July 26, 2010

Siti Jasmina Ibrahim : Candal

Salam..
tadi aku ngan housemate aku, kak haida gi kedai buku kat Parit Raja..
actually kami nak g beli KFC (satu2nya fast food plg dekat di sini, around 30 min)..

skali..sampai2 jer...
"Harap maaf, KFC ditutup hari ini (17 /7/2010) sehingga hari Rabu (28/ 7/ 2010). haraf Maaf."

huhu..hampa sungguh hati kami nih..huhu..jauh drive semata2 nak makan KFC ja..

Jadi, alang2 dah sampai situ, kami pun g lah ke kedai buku...n telek punya telek..
aku terbeli lah buku novel ini..mcm best..
meh aku review sikit..ehehe

Sebuah Karya dari

Tajuk : Candal
Penulis : Siti Jasmina Ibrahim (Penerima Anugerah Seni Negara ke-8)
Terbitan : PTS Fortuna SDN BHD
Genre : Thriller

Sinopsis:

"Bukan mudah menjejakkan kaki ke sebuah Institut Pengajian Tinggi terpencil. Pastinya, Daeng dan Emilia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tempat itu.

Penduduk sekitar mengatakan tempat itu disumpah semenjak berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan dua tahun sebelumnya. Kematian demi kematian. Pembunuhan demi pembunuhan yang serupa berulang.

Abang Daeng, Dahri, pelajar tahun akhir di IPT berhasrat membongkar rahsia di sebalik sumpahan itusebagai projek tahun akhirnya. Dahri dan kekasihnya, Sara mengajak Daeng membantu mereka. mereka memulakan kajian bersama bebrapa orang pelajar baru dalam bidang ekologi. Emilia, Zaria, fatin, dayang dan Rabihah. Namun tanpa mereka sedari, ada bahaya yang mengintai mereka. Ada nyawa yang bakal melayang.

Ada kisah di sebalik seorang insan bernama Candal...."

Nanti aku review banyak sikit...
dari cover aku rasa citer dia mcm interesting..ehehe

1 comment:

Mia-Ina said...

rupa2nya dok menelaah novel ye...patut aaa